Dakwah
18 Disember 2009
Assalamualaikum
Dakwah adalah perbuatan yang bersifat mengajak,memanggil dan menyeru untuk beriman dan taat kepada Allah sesuai dengan syariat islam.kita juga digalakkan untuk 'amar maaruf nahi mungkar'.
Setiap muslim yang menyampaikan dakwah ialah Da'i sementara yang menjadiobjek dakwah ialah mad'u.
Tujuan dakwah ialah untuk mewujudkan kebahagian dan kesejahteraan di dunia dan akhirat yang di redhai Allah.Rasulullah menunjukan dakwahnya dengan beberapa cara seperti lisan perbuatan dan tulisan.Bermula dengan isteri baginda,keluarganya.teman-teman karibnya dan raja-raja yang berkuasa pada masa itu.
kita sebagai seorang da'i perlu berdakwah mengikut cara yang betul.