To:Pejuang Agama Allah

03 April 2010




Katanya kau seorang pejuang
tapi ikhtilatmu tidak dijaga
Katanya kau seorang pejuang
tapi ibadah dan amalanmu masih seperti dahulu
Katanya kau seorang pejuang
tapi kau masih layan tv,movie dan game
dengan alasan 'nak release tension'
Katanya kau seorang pejuang
tapi cinta dunia masih menempati hatimu
berbanding cinta kepada Allah dan rasul-Nya
Katanya kau seorang pejuang
tapi kau sebok update perkara-perkara lagho
berbanding Al-Quran 1 juzuk sehari
Katanya kau seorang pejuang
tapi kau lupa berdakwah kepada kerabatmu
Katanya kau seorang pejuang
tapi masih ada karat jahiliyyah di dalam hatimu
tanpa kau berusaha untuk membuangnya
Katanya kau seorang pejuang
tapi mutabaah ibadahmu amat menyedihkan
Katanya kau seorang pejuang
tapi kau sering meninggalkan qiamullail
berbanding mengamalkannya
Katanya kau seorang pejuang
tapi kau lebih banyak berdakyah daripada berdakwah
Katanya kau seorang pejuang
tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah
Katanya kau seorang pejuang
tapi hidupmu masih senang lenang dan mewah
Katanya kau seorang pejuang
tapi kau sudah menganggap dirimu mulia
sedangkan kau harus lebih bersifat tawadhuk
Katanya kau seorang pejuang
tapi kau jarang sekali menangis untuk bertaubat kepada Allah
Katanya kau seorang pejuang
tapi kau masih merasa seronok melihat maksiat
bersepah-sepah di sekitarmu
Katanya kau seorang pejuang
tapi kau tidak merasa apa-apa ketika melakukan maksiat 




semoga renungan ini menjadi satu iktibar buat kita sebagai pejuang agama Islam untuk memperjuangkan agama Allah di mata dunia.

0 komentar:

Ayat Al Quran

Al Quran

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP