DASYATNYA NERAKA ITU............
15 Januari 2010
Di sini penulis ingin mengutarakan sedikit ilmu yang baru saya perolehi dari ceramah. Harap dengan ilmu ini boleh kita kongsikan bersama rakan-rakan, keluarga dan saudara sesama islam. semoga dapat menghalang niat kita untuk melakukan dosa.(dipetik dari kitab TANBIHUL GAHAFILIN "Peringatan Bagi Yg Lalai")Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan
kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu
bahawa neraka jahanamKu itu:
Dakwah
18 Disember 2009
Assalamualaikum
Dakwah adalah perbuatan yang bersifat mengajak,memanggil dan menyeru untuk beriman dan taat kepada Allah sesuai dengan syariat islam.kita juga digalakkan untuk 'amar maaruf nahi mungkar'.
Setiap muslim yang menyampaikan dakwah ialah Da'i sementara yang menjadiobjek dakwah ialah mad'u.
Tujuan dakwah ialah untuk mewujudkan kebahagian dan kesejahteraan di dunia dan akhirat yang di redhai Allah.Rasulullah menunjukan dakwahnya dengan beberapa cara seperti lisan perbuatan dan tulisan.Bermula dengan isteri baginda,keluarganya.teman-teman karibnya dan raja-raja yang berkuasa pada masa itu.
kita sebagai seorang da'i perlu berdakwah mengikut cara yang betul.
Ilmu
16 Disember 2009
Assalamualaikum,
Salam perjuangan,
Dalam sebuah hadith yang telah diriwayatkan oleh Thabrani,Rasulullah telah bersabda,''Apabila kamu melawati taman Syurga,hendaklah kamu beristirehat disitu.Para sahabat bertanya,''Apakah yang dimaksudkan dengan Taman Syurga?Rasulullah menjawab Taman Syurga ialah Majlis-majlis Ilmu.Dalam hadith lain,Rasulullah pernah menghadiri 1 majlis.Di dalam majlis itu ada 2 buah kumpulan dimana kumpulan yang pertama sedang berzikir,sementara kumpulan yang kedua sedang menutut ilmu.Rasulullah bersabda,kumpulan pertama adalah kumpulan yang baik,mudah-mudahan Allah mengampuni mereka dan kumpulan kedua sedang menutut ilmu,mudah-mudahan Allah membimbing mereka ke jalan yang lurus.Kemudian baginda menyertai kumpulan yang sedang menuntut ilmu.
Ulama'
04 Disember 2009
Assalamualaikum,
Salam sayang,
Salam perjuangan
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ass radiallahu anhuma berkata, “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Bahawasanya Allah SWT tidak mencabut (menghilangkan) akan ‘ilmu itu sekaligus dari (dada) manusia, tetapi Allah SWT menghilangkan ‘ilmu itu dengan mematikan ‘alim ‘ulama’, maka apabila sudah ditiadakan ‘alim ‘ulama’, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ‘ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat dan menyesatkan orang lain.”(Hadith riwayat Imam Muslim)
HATI dan JANTUNG
24 November 2009
Bismillah,Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah
Assalamualaikum w.b.t.h..salam syukur,salam tarbiyah,salam sayang..salam perjuangan..
moga terus istiqamah dalam jalan Allah..
Saya berkongsi mengenai suatu istilah yang tidak asing lagi kepada umat manusia.. HATI dan JANTUNG....
Sakit hati atau sakit jantung? Perkataan “jantung” dalam Bahasa Inggeris disebut sebagai “heart”; manakala “hati” pula ialah liver. Kedua-dua organ dalaman ini terletak di tempat yang berlaian dan mempunyai fungsi yang berbeza.
20 November 2009
20 November 2009
SPM examination 2009....
17 November 2009
Tanggal 18 haribulan November 2009... bermula satu perjuangan, untuk mujahada-mujahadah SMKAS..bersama-sama secara berjemaah untuk menduduki satu peperiksaan yang bakal menentukan masa hadapan mereka...setelah bersusah payah berusaha sehabis baik.... akhirnya hari yang ditunggu-tunggu telah tiba.. satu hari yang amat penting buat mereka.. segalanya ilmu yang telah dicurahkan oleh guru-guru.. akan digunakan habis-habisan dalam peperiksaan ini..dengan berkat ilmu daripada guru-guru.ibu bapa, dan sahabat-sahabat..yang banyak membantu dan memberi sokongan yang padu...jadi sama-samalah kita mendoakan kejayaan para mujahid ini semoga mereka berjaya bukan sahaja dalam peperiksaan mereka sahaja...... malah dalam kehidupan mereka di dunia dan di akhirat kelak... Amin......
Read more...SOLAT ATAU SEMBAHYANG ????
15 November 2009
Hikmah dan sebab dinamai ‘ibadat yang penting terkenal ini dengan nama solat, adalah kerana mengingat bahwa di dalam solat itu terdapat “tawajjuh” (usaha berhadap diri pada Allah) dan “doa” (seruan memohonkan hajat dan ampunan kepada Allah s.w.t.)
Mengingat hal ini amat utamalah kita memakai kata solat, jangan memakai terjemahannya = sembahyang. Apalagi apabila diingat bahawa kata sembahyang itu berasal dari bahasa Sanskrit, yang bererti menyembah dewa.
Dalam cerita-cerita Hindu kita mungkin pernah mendengar perkataan ‘Yang’ / ‘Iyang’, seperti “berIyang-Iyang” atau “Sang Yang”. Jadi, berkemungkinan besar ‘Yang’ / ‘Iyang’ itu adalah nama dewa yang mereka sembah. Dalam sejarah orang Melayu sebelum Islam datang adalah berugama Hindu. Mereka kemungkinan menggunakan perkatan sembah Iyang atau sembah Yang yang bererti sembah dewa yang bernama Yang / Iyang.
Atau mungkin ‘Yang’ / ‘Iyang’ itu bererti ‘tuhan’ yang dimaksudkan “yang pencipta dan yang patut disembah”. Ini memberi erti bahawa penganut ugama Hindu menganggap dewa itu adalah Iyang / Tuhan mereka. Dan bagi kita orang Islam Tuhan / Iyang (jika Iyang bererti tuhan) sebenarnya adalah dan hanyalah Allah s.w.t.
Jika begitu sembahyang (asalnya sembah Yang / Iyang) itu boleh bererti sembah tuhan. Jadi ini pun bagi saya masih belum tepat digunakan. Cuba, misalnya, ‘Yang’ itu ditukar kepada perkataan ‘tuhan’ dalam kalimat “sembahyang Fardhu Zohor”, maka ia akan berbunyi “sembah Tuhan Fardhu Zohor”. Ini boleh menyerongkan dan merosakkan ‘aqidah bila disebutkan untuk solat-solat lain yang terdapat bermacam-macam dalam seharian kita, kerana seolah-olah pengertiannya bahawa banyak tuhan yang hendak disembah dalam kehidupan seharian….. na’uuzubillaa-hi min zaalik……..
Dari itu nasihat saya untuk diri saya dan untuk saudara seagama yang dikasihi sekelian adalah lebih baik, bagi menolak kemungkinan-kemungkinan tersebut, kita membiasakan menggunakan perkataan ‘solat’ dari mengunakan perkataan ‘sembahyang’, tambahan lagi tidak susah rasanya untuk kita menyebutkan dan mempergunakan perkataan ‘solat’ itu.Perkataannya lebih pendek dan mudah untuk diucapkan.
Sekian, harap dapat dibetulkan jika terdapat sebarang kesalahan atau ketergelinciran pendapat, kerana jika ianya benar maka itu adalah hidayah daripada Allah Subhanahu Wata’ala, dan jika salah itu adalah kelemahan saya sendiri yang cuba dengan ikhlas untuk menyebarkan dan menyampaikan sekadarnya ilmu yang ada.
Wallaa-hu a’lam………
Rampaian Salam Buat Semua....
Alhamdulillah ... pertama dan selama-selamanya, marilah kita mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi.. kerana dengan limpah dan kurniaNya.. dapatlah kita bersua sebagai saudara Islam yang sama-sama berjuang menegakkan satu agama yang benar, yang syumul..... Selawat dan salam keatas Nabi junjungan kita... Nabi Muhammad s.a.w... kerana atas hasil usaha dan penat lelahnya.. dapat lah kita merasai dua nikmat yang terbesar dalam kehidupan kita seharian iaitu nikmat iman dan nikmat islam... Alhamdulillah...
Read more...


