Sayang Kawan Perempuan, Tinggal-tinggalkan
17 September 2010
"Sayang, sayang... kenapa kita tak pernah keluar berdua?
Kawan honey kan, nak pergi mana-mana mesti boyfriend dia temankan. Bukan setakat PAUN, nak pergi ‘potostet' pun boyfriend dia temankan. Sweet sangat! Romantic couple! Kan? Kan sayang kan? Mesti diorang tak pernah gaduh, sweetnyeee.....
Kenapa sayang tak nak keluar dengan honey,teman honey jalan-jalan, shopping... tak macam boyfriend lain buat kat girlfriend diorang? Sayang malu keluar dengan honey ek? Honey tau la honey tak cantik.... Hmm...."
"Hmm... Drama sebelah tadi pun cerita pasal lelaki perempuan keluar berdua jugak".
Read more...
Tarbiyah Memerlukan Hikmah......................
06 September 2010
Berkali-kali diberikan nasihat namun sedikitpun tidak memberikan apa-apa kesan kepada anak muda ini. Malah makin menjadi-jadi.
“ Awak wajib mendirikan solat lima waktu. Solat merupakan tiang agama kita” kata salah seorang pendakwah kepada pemuda tersebut.
“ Emm..insyaAllah kalau saya rajin saya akan buat ye “ jawab pemuda tersebut secara sinis.
Begitulah seterusnya. Sehinggalah datang seorang ulama daripada al-Azhar al-Syarif bertandang ke tempat mereka. Aduan yang sama diberikan. Setelah mendengar dengan teliti aduan para penduduk. Maka Ulama ini berkenan untuk bertemu dengan pemuda ini.
IKHLAS
14 Julai 2010
MURID: “Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya.”
GURU: “Tak payah, bawa sahaja karung guni.”
MURID: “Karung guni?” (seperti tidak percaya.)
GURU: “Mari kita ke pasar!”
CUBAAN/UPAYA MENCURI JASAD RASULULLAH SAW
03 Julai 2010
Pesanan untuk muslimah
Bicara hati seorang ayah...
Puteriku..
Benarlah bahawa lelakilah yang memulai langkah pertama dalam lorong dosa, tetapi bila engkau tidak setuju, lelaki itu tidak akan berani, dan andai kata bukan lantaran lemah gemalaimu, lelaki tidak akan bertambah parah. Wanitalah yang membuka pintu, seolah kau katakan kepada si pencuri itu : silakan masuk, silakan...
Apabila ia telah mencuri, engkau berteriak : Pencuri! Tolong..tolong..! Saya dicuri!
Read more...
BERHIKMAHLAH DALAM BERBICARA
11 Jun 2010
Suatu pepatah arab ada mengatakan “al-insan abdul ihsan”, manusia itu adalah hamba kepada kebaikan. Semua orang suka kepada orang yang bersikap baik padanya dan benci pada orang yang bersikap buruk padanya. Siapa pun dia.
Read more...
Rahsia Sujud
28 Mei 2010
Persatuan Islam Kebangsaan Malaysia (MICNA) Jordan mengenal pasti sesiapa yang tidak menunaikan sembahyang maka otaknya tidak dapat menerima darah secukupnya untuk berfungsi secara sempurna.
Read more...
Naqib Prihatin
08 Mei 2010
Pada 8 Mei 2010,biro usrah telah mengadakan satu program untuk mencari Naqib Prihatin.Naqib telah diuji untuk melihat hubungan antara ahli usrah dan naqib.Program ini telah mencapai matlamatnya iaitu memastikan setiap naqib mengenali latar belakang ahli usrahnya dengan cara berta'aruf.
UNTUK APA BELAJAR?
14 April 2010
Mungkin sesetengah antara kita masih tidak mengetahui apa yang dimaksudkan dengan tarbiah itu.. Sehinggakan disalah erti oleh sesetengah masyarakat. Insyaallah dengan penjelasan di bawah mudah-mudahan pembaca dapat kembali berfikir apa itu tarbiah.. Untuk apa kita belajar?? Mungkin persoalan ini timbul di fikiran kita dan bersama-samalah kita berfikir sejenak
mudahnya mengeluh sukarnya bersyukur
KEMISKINAN
19 Mac 2010
Kebanyakan manusia takut terjatuh ke dalam kemiskinan. Mereka berusaha dengan berbagai cara untuk menghindarinya. Mereka begitu sedih dan berduka cita ketika mengalami kekurangan harta.
Bahkan sampai-sampai di antara mereka ada yang menukar agamanya hanya untuk mendapatkan sebagian harta benda duniawi.
Bahkan ada yang datang ke dukun, paranormal dan yang sejenisnya untuk meminta jimat, jampi-jampi dan sejenisnya kepada mereka. Atau memelihara/meminta bantuan makhluk halus (baca:jin) dalam rangka mendapat kekayaan.
Dengan ini mereka telah menjual aqidah dan agamanya dengan kesenangan duniawi yang rendah dan sesaat. Nas`alullaahas salaamah wal `aafiyah.
BACA HOROSKOP, SOLAT TAK DITERIMA 40 HARI
18 Mac 2010
Pagi tadi aku menerima email ini dan aku agak terkejut dengan yang dimaksudkan oleh email tersebut. Email tersebut mengandungi isu yang telah dibincangkan melalui sebuah rancangan di TV9. Lebih mengejutkan aku lagi apabila salah sorang panel tersebut memaklumkan bahawa membaca horoskop walaupun suka-suka maka solatnya tidak diterima selama 40 hari. Ya Allah Ya Tuhanku..
Berikut aku masukkan kandungan email tersebut untuk rujukan dan renungan kita bersama. SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal. Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.
Read more...
UBAT UNTUK HATI
17 Mac 2010
Diriwayatkan dari Abu Abdillah An-Nu'man bin Basyir radhiyallahu' anhuma, Rasulullah shallallahu `alaihi wa alihi wa sallam bersabda,
"Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas, dan perkara yang haram juga jelas. Dan di antara keduanya terdapat hal-hal yang samar dan meragukan. Banyak orang yang tidak mengetahuinya.
Barangsiapa yang menjaga dirinya dari hal-hal yang samar dan meragukan itu maka niscaya akan terpelihara agama dan harga dirinya.
Dan barangsiapa yang nekad menerjang hal-hal yang samar dan meragukan itu maka dia terjerumus dalam perkara yang diharamkan.
MALAM PERTAMA
Malam itu ialah Malam Pertama Di Alam Kubur
Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk
orang-orang selain darimu?
Bukankah telah silih berganti engkau melihat
teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari
dunia fana ini ke kuburan?
Read more...
Dia Mencium Bau Syurga
Kisah ini saya dapat daripada seorang sahabat semoga kita dat bersama-sama mengambil iktibar dari kisah seoran pemuda Palestin ini..Hayatilah kisah ini..
Di dalam sebuah hadits yang bersumber dari Abu Hurairah rhodiyallaahu `anhu,
Rasululllah shollallaahu `alaihi wasallam pernah bersabda,
yg bermaksud:
" Ada tujuh golongan orang yang mendapat naungan Allah pada hari tiada naungan selain dari naunganNya… diantaranya, seorang pemuda yang tumbuh dalam melakukan ketaatan kepada Allah."














