SOLAT ATAU SEMBAHYANG ????

15 November 2009


Tercatat di dalam kitab PEDOMAN SOLAT oleh Prof. Dr. T.M. Hasbi Ash-Shiddieqy, muka surat 69, di bawah tajuk: 23. SEBAB DINAMAI SOLAT, ada menyatakan seperti berikut:-
Hikmah dan sebab dinamai ‘ibadat yang penting terkenal ini dengan nama solat, adalah kerana mengingat bahwa di dalam solat itu terdapat “tawajjuh” (usaha berhadap diri pada Allah) dan “doa” (seruan memohonkan hajat dan ampunan kepada Allah s.w.t.)

Mengingat hal ini amat utamalah kita memakai kata solat, jangan memakai terjemahannya = sembahyang. Apalagi apabila diingat bahawa kata sembahyang itu berasal dari bahasa Sanskrit, yang bererti menyembah dewa.


Dalam cerita-cerita Hindu kita mungkin pernah mendengar perkataan ‘
Yang / ‘Iyang’, seperti “berIyang-Iyang” atau “Sang Yang”. Jadi, berkemungkinan besar ‘Yang’ / ‘Iyang’ itu adalah nama dewa yang mereka sembah. Dalam sejarah orang Melayu sebelum Islam datang adalah berugama Hindu. Mereka kemungkinan menggunakan perkatan sembah Iyang atau sembah Yang yang bererti sembah dewa yang bernama Yang / Iyang.
Atau mungkin ‘Yang’ / ‘Iyang’ itu bererti ‘tuhan’ yang dimaksudkan “yang pencipta dan yang patut disembah”. Ini memberi erti bahawa penganut ugama Hindu menganggap dewa itu adalah Iyang / Tuhan mereka. Dan bagi kita orang Islam Tuhan / Iyang (jika Iyang bererti tuhan) sebenarnya adalah dan hanyalah Allah s.w.t.

Jika begitu sembahyang (asalnya sembah Yang / Iyang) itu boleh bererti sembah tuhan. Jadi ini pun bagi saya masih belum tepat digunakan. Cuba, misalnya, ‘Yang’ itu ditukar kepada perkataan ‘tuhan’ dalam kalimat “
sembahyang Fardhu Zohor”, maka ia akan berbunyi “sembah Tuhan Fardhu Zohor”. Ini boleh menyerongkan dan merosakkan ‘aqidah bila disebutkan untuk solat-solat lain yang terdapat bermacam-macam dalam seharian kita, kerana seolah-olah pengertiannya bahawa banyak tuhan yang hendak disembah dalam kehidupan seharian….. na’uuzubillaa-hi min zaalik……..

Dari itu nasihat saya untuk diri saya dan untuk saudara seagama yang dikasihi sekelian adalah lebih baik, bagi menolak kemungkinan-kemungkinan tersebut, kita membiasakan menggunakan perkataan ‘solat’ dari mengunakan perkataan ‘sembahyang’, tambahan lagi tidak susah rasanya untuk kita menyebutkan dan mempergunakan perkataan ‘solat’ itu.Perkataannya lebih pendek dan mudah untuk diucapkan.

Sekian, harap dapat dibetulkan jika terdapat sebarang kesalahan atau ketergelinciran pendapat, kerana jika ianya benar maka itu adalah hidayah daripada Allah Subhanahu Wata’ala, dan jika salah itu adalah kelemahan saya sendiri yang cuba dengan ikhlas untuk menyebarkan dan menyampaikan sekadarnya ilmu yang ada.
Wallaa-hu a’lam……

1 komentar:

smkas 15 November 2009 9:44 PTG  

artikel ni bagus ar gak..tapi perlu diperbanyakkan lagi...:)

Ayat Al Quran

Al Quran

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP