Ilmu

16 Disember 2009

Assalamualaikum,
Salam perjuangan,

Dalam sebuah hadith yang telah diriwayatkan oleh Thabrani,Rasulullah telah bersabda,''Apabila kamu melawati taman Syurga,hendaklah kamu beristirehat disitu.Para sahabat bertanya,''Apakah yang dimaksudkan dengan Taman Syurga?Rasulullah menjawab Taman Syurga ialah Majlis-majlis Ilmu.Dalam hadith lain,Rasulullah pernah menghadiri 1 majlis.Di dalam majlis itu ada 2 buah kumpulan dimana kumpulan yang pertama sedang berzikir,sementara kumpulan yang kedua sedang menutut ilmu.Rasulullah bersabda,kumpulan pertama adalah kumpulan yang baik,mudah-mudahan Allah mengampuni mereka dan kumpulan kedua sedang menutut ilmu,mudah-mudahan Allah membimbing mereka ke jalan yang lurus.Kemudian baginda menyertai kumpulan yang sedang menuntut ilmu.

Rasulullah pernah di tanya oleh seorang sahabat tentang siapakah teman yang paling baik.Rasulullah menjawab,orang itu ialah orang yang dapat mengingatkan kamu kepada Allah,menambah ilmumu dengan pembicaraannya dan mengingatkanmu tentang hari akhirat.orang yang mempunyai sifat di atas ialah orang yang paling layak dijadikan teman.

Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?

Ilmu umpama cahaya dalam kegelapan.Tanpa cahaya kita sukar untuk melangkah dan meraba-raba mencari pegangan,Dan ketika cahaya hadir,kita dapat melangkah dengan pasti dan tidak perlu untuk meraba-raba.Jadi adakah sama cahaya dengan kegelapan?Maka terjawablah persoalan tadi,adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?Fikir-fikirkanlah dan renung-renunglah..

Namun kita perlu ingat,ilmu yang dimiliki tanpa diimbangi dengan kekuatan iman,maka munculah orang-orang yang sombong,yang berjalan dengan angkuh di muka bumi kerana dengan ilmunya

0 komentar:

Ayat Al Quran

Al Quran

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP